Dekat

Dalam menzahirkan
pengertian
liku kehidupan
ada terlupa

semakin lelah
perjalanan
semakin dekat
kita pada kematian

ashraf ishak
5:20 Pagi
27HB April 14'
Rumah

The ocean's secret lover II - acrylic on canvas


Without a face - acrylic on canvas

Bumi

Aliran
walaupun hanya
menitik
dapat membasahi
tubuhku ini

Seakan
derasnya sunyi
melangitkan bumi

ashraf ishak 
6:21 Pagi 
18HB April 14'
Subang Jaya

Rahsia

Kalau mungkin nanti
ada hati menyaksi
gugurnya cintaku ini

Tidak lagi punya rahsia
yang bakal jiwaku selami

ashraf ishak
6:15 Pagi
15Hb April 14'
Subang Jaya

Aku terima

Seandainya ini
memang rasanya
damai kehidupan
perjalanan bebeza

Aku terima

Dengan tabah hati
tanpa rela

Aku terima
seadanya

ashraf ishak
2:09 pagi
10HB April 14'
Subang Jaya

Intervenus

     

Cinta kudus

Maka itu
tidurku
kian lena

Tubuhku penat
separuh nyawa
seperti malam
tanpa siang
hari menghilang
tanpa jejak  

Dan pasti
tidurku
kian lena
tanpa ada
cinta kudus
tulus ikhlasnya

ashraf ishak
7:30 Malam
6HB April 14'
Subang Jaya

Kuala Lumpur

Di sini
terletaknya kota
penuh mimpi  

Dari alunan
setiap sudut
paksi kehidupan
mencari rezeki  

Harapanya pudar
anganya pasti

Di sini
terletaknya kota
penuh misteri

ashraf ishak
7:05 Malam
6HB April 14'
Subang Jaya

Sepi

Lautan api
yang membara
takkan jauh
membawa ku pergi

Kiamat dunia
sementara
gamat ombak
membawa sepi

ashraf ishak
5:13 pagi
5hb april 14'
Subang Jaya

#puisibagasi


Lawan (ii)

Kelak
hariku akan
ditemani bintang
sewaktu pudarnya
pekat malam
dihiasi tangisan

Mungkinkah mimpi
berarah lawan

ashraf ishak
5:43 Pagi
1HB April 14'
Rumah