The ocean's secret lover (2013)
 acrylic on wood

To be kind

What happens
when you put colour
into the equation
of darkness
fear in the presence
of light
or serenity
into the hearts
that is at war
with themselves?

Guided with love
will one only see
that he is not blind
nor is he ignorant
to be kind

ashraf ishak
7:58 AM
21ST December 13'
Subang Jaya

Early morning art session with my cousin Ana

Remember the soul - Poster color on canvas


Pain (2013)
acrylic on canvas

Siapa (ii)

Ragaku penuh
berjelaga
amarah
tak tenteram

Seolah hilang
diri
setelah lama
mencari

Siapa diriku ini

ashraf ishak
10:59 Malam
12HB November 13'
Subang Jaya

Halusinasi diri

Halusinasi diri
ditutup
dari pandangan
mata buta
yang tidak pernah
celik menghakimi

Dan ranjang noda
menghimpunkan
sejuta malaikat
seolah mimpi
yang sudah mati

ashraf ishak
7:45 Malam
4HB September 13'
Kuala Lumpur

Satu

Mengapa menelan
terang-terangan
pabila dibicara
tentang tanggapan
penipuan

Apakah berkata
salah itu
benar
atau tanpa
diberi kebebasan
hanyalah helah
besar kehidupan

Tetap
tidak percaya
akan satu
kepercayaan

ashraf ishak
6:32 Pagi
4HB September 13'
Subang Jaya

Perang (ii)

Kelak
terap awan
meragui bimbang
hapus punah
tanah ini
liar
dari tetapan
hati
yang sentiasa
mencari alasan

Dan akhirnya
damai
tewas dari
dijajah
konfigurasi minda
akal tak tercapai

ashraf ishak
4HB September 13'
5:09 Pagi
Subang Jaya

Sedarkah kau

Aku manusia
senantiasa dianiaya

Dunia
dan pecaturan masa
seperti tiada sebab
mengapa kita
lalai dan leka

Sedarkah kau
dia saat ragaku
hilang
dari mata dunia

ashraf ishak
30HB Ogos 13'
6:57 Petang
Subang Jaya

Words

Like words
that only come out
in darkness
and sleeps
when the sun
comes up

ashraf ishak
12:46 AM
25TH August 13'
Subang Jaya


Recycle (2013)
collage on canvas

 

Tanpa sempadan

Gelap kabus
jiwa
bertentang hati
bertentang mata

Takkan terhenti
denyutan bayu
dan nadi
hingga nafas
terakhir

Bingkisan raga
lerai
dihanyut badai
tenggelam lalu
terdiam

Bermulalah
kisan cinta
dua insan
tanpa sempadan

ashraf ishak
9:14 Malam
20HB Jun 13'
Subang Jaya

Syukur

Bening hari
membakar diri
merenungi awan
menutup mata
menadah tangan

Syukur
masih diberi
kesempatan

ashraf ishak
10:59 Malam
11HB Jun 13'
Subang Jaya

Rasa ini

Biar kita sahaja
yang merasa
segala duka lara
yang ada

Biar kita sahaja
yang mencari
erti sebenar
kehidupan

Dalam degup 
rayuan
senja yang
kan datang

Biar kita sahaja
merasa rasa ini

Rasa
yang tak akan
hilang

ashraf ishak
8:30 Malam
10HB Jun 13'
Subang Jaya

Tenteram

Dengarkan bisikan
hati ini dicela
hati mudah rapuh
merenungi mata
yang pernah merasa
kepahitan

Pasti ada masa
kan datang
untuk hati ini
dibiar tenteram

ashraf ishak
9:01 Malam
15HB Mei 13'
Subang Jaya

Pernah

Manusia
hanya bisa
membenarkan kata-kata
dari lidah diludah
ke hati punah

Pernahkah aku
tidak mencintaimu

ashraf ishak
11:25 Malam
29HB April 13'
Subang Jaya

Fallen

Colours against
dirty walls
cigarette smokes
fill empty halls

enhanced with light
endured with life
are wings that never
once have soared

ashraf ishak
1:05 PM
26TH April 13'
Subang Jaya

Terhenti

Dengan itu
dunia bergegar
dan terlihat
padanya
padatnya waktu
dikejar

Manusia
seperti semut kota
hanya menunggu
masa tuk binasa

Hakikatnya
ada erti
mengapa semuanya
perlu terhenti

ashraf ishak
9:30 Malam
20HB April 13'
Subang Jaya

Tersakiti

Mengapa perlu
ada cinta
jikalau cinta itu
menyakitkan

ashraf ishak
10HB April 13'
Subang Jaya

Pendam

Menjiwai jiwa
yang kelam
kabut malam
bercampur dendam

Seakan ribut
yang menelan
asap badai
malam
yang terpendam

ashraf ishak
11:53 Malam
5HB April 13'
Subang Jaya























Yellow Man (2013)
acrylic & oil on canvas

Tanah

Dan diantara
kau dan manusia
apa yang beza?

Tanah ditimbus
padam apinya

ashraf ishak
11:58 Malam
17HB Mac 13'
Subang Jaya

Slh

Di kala
aku merinduimu
adakah kau
juga begitu

Atau
yang kau sebut
cinta mati dahulu
telah mati juga
dengan dirimu

Memang benar
ini semua
salahku

ashraf ishak
1:43 Pagi
12HB Mac 13'
Subang Jaya


Sempurna (ii)

Dimanjakan lara
terbawa-bawa
ke alam dunia
sementara

Dimataku
kau tetap
sempurna

ashraf ishak
9:32 Malam
24HB Februari 13'
Rumah

Dusta

Dahulu
ada hati
yang senantiasa
menyapa
membunuh pilu
nestapa

Dusta!
itu sahaja
yang dapat
kau ungkapkan.

ashraf ishak
8:07 Malam
19HB Februari 13'
Subang Jaya

Penyesalan

Rasa cinta
yang pernah ada
tidak lagi
membawa makna

Dunia malap
semakin pudar
malam pula
menjadi hambar

Seperti aku
dapat menyelami
hatimu
menyingkap
setiap seksa

Tiap satu
tangisan
membawa seribu
penyesalan

ashraf ishak
4:53 Petang
18HB Februari 13'
Subang Jaya

Sekali lagi

Maaf--
mereka tidak tahu

Dan aku
hanyalah
manusia bodoh
yang ikut
tak menentu

Malam itu
aku pergi
jasad dari tubuh

Mati.

ashraf ishak
11:35 Malam
12HB Februari 13'
Subang Jaya

Yellow Man (2013)
digital art


Seandainya

Ada maksud
tak dinyata
ada erti
tak terkata

Seandainya
dia tahu
perasaan
dan apa
mahuku

Maka lenyaplah
sunyinya dunia

ashraf ishak
9:10 Malam
24HB Januari 13'
Damansara


Joyful (2013)
digital art

 

Dengarkan

Sesaat
engkau datang
menyempurnai hariku
dengan senyuman

Tatkala
ombak rindu
bergema
tatkala 
angin sepoi 
berbicara

Aku
hanya meminta
dibelai
dan dimanja
walaupun hanya
picisan
walaupun hanya 
hina

Dengarkan

ashraf ishak
10:31 Malam
16HB Januari 13'
Subang Jaya

Buat T

Dari sudut
tenang
masih lagi
ada jiwa
yang tidak
tenteram
menyusul tangis
dalam diam

Tak keruan
mengejar masa
namun
hanya senyumanya
yang dapat
membuatku
rasa bahagia

ashraf ishak
12:05 Pagi
12HB Januari 13'
Subang Jaya