Bangkit

Pelita penuh
malah
menyemarakkan lagi
api dusta
insani
membakar hilang
semangat malam
yang tidak
terlena
kekal berpauh
kuat kudrat
bak si Badang

Ayuh, bangkit
habiskan apa
kita mulakan

ashraf ishak
5:34 Pagi
25HB Julai 11'
Rumah

Jalanan

Dari ruang
rongga
berdesir jahanam
menghampiri tenang
terkadang terdiam

Aku bakal
mati
dan kakiku
hancur
dimakan, diuli

ashraf ishak
3:38 Pagi
13HB Julai 11'
Rumah

Ketandusan

Lihat dariku
ditelan ombak
nafsu
hilang restu
melihat dunia
serba bisu

dan satu
detik lagi
akan datang
waktu
seperti ini

Sekecil manapun
terguris
takkan terlerai
air mata
dari ketandusan

ashraf ishak
7:39 Pagi
12HB Julai 11'
Subang Jaya

Hamba

Tersisih laut
dari biru
membahang aslinya
perdamaian suara

Biar dengan
duka
datangnya sengsara
hingga punah
melawan
sia-sia
tapi tak mengapa

Sudah sekata
sudah sebati
bersedia mati
seorang hamba

ashraf ishak
7HB Julai 11'
4:06 Pagi
Subang Jaya

Disini

Sedang dunia
memejam mata
celik
hati kecil
meranap sengsara

Tidak lagi
punya erti
aku disini

ashraf ishak
4:23 Petang
1HB Julai 11'
Subang Jaya