Melintang pukang

Di mana
adanya
pada sinar
sang bulan
kalau tidak
diwaktu ia
mengambang

Ghairah
dengan amarah
setiap mereka
melintang pukang

ashraf ishak
6:25 Pagi
28HB Ogos 10'
Rumah

Cinta mati

Jika benar
cinta kau
kubawa mati

Yang lain
tidak lagi
ku peduli

ashraf ishak
4:35 Pagi
28HB Ogos 10'
Rumah

Tidur dan makhluk halus

Sebelum dunia
meranap
melupa
akan kejadian
kita berdamai
dengan indah
biar fana
alam manusia
digantikan
kata pencipta

Agar tidur
tidak lagi
menghantuiku

ashraf ishak
4:35 Pagi
27HB Ogos 10'
Rumah

Tamat

Melihat gelap
membelakangiku
cemas
seakan tepukan
bahu kanan
dan kiri
ada erti
dimana diam
masaku
sudah tamat

ashraf ishak
5:30 Pagi
24HB Ogos 10'
Rumah

Fetish Imaginasi

Engkau hanya
imaginasiku
untuk apa
aku percaya
kau benar-benar
wujud?

Engkau zalim
dengan kata-kata
seolah aku
ini hina

Engkau hanya
imaginasiku
untuk tidak
aku percaya

ashraf ishak
3:37 Pagi
23HB Ogos 10'
Rumah

Terpesong

Pasti
arah Kiblat
tak akan
lari
dari bala
azab dunia
membunuh
meraung

mereka terpesong

ashraf ishak
12:40 Pagi
23HB Ogos 10'
Rumah

Kiamat

Tolak -
. (titik)
berdentum!
huru-hara
manusia
tiada

ashraf ishak
5:10 Pagi
22HB Ogos 10'
Rumah

Tiada apa tapi sendiri

Mengejar
arus masa itu
seperti menyelam
ke dasar dunia
tak ada
batasnya

Esok
yang ditunggu
belum sempat
menyatukan
akal
dan ajal
bertemu

Tak keharuan
lega
air mata
berdendangkan
senyuman

Andai mencela
berpanji
bersaksi tiada apa
tapi sendiri

ashraf ishak
4:00 Pagi
21HB Ogos 10'
Rumah