Tak begini

Menolak
mungkar janji
mengolah
kata-kata
sepi

dengan harapan
engkau juga
tak begini

ashraf ishak
12:38 Pagi
30HB Mac 10'
Rumah

Patah hati (v)

Relakan
hati berbicara
pabila jiwa
dan raga
berlaga
untuk kita
utuskan
alasan
sebab
atau apa jua
cara mungkin
untuk kau
dijauhi

sudah lama
aku sendiri

ashraf ishak
12:41 Pagi
26HB Mac 10'
rumah

Menyempurnai-Nya

Menyasar bibir
ke angkasa
mengejar bibit-bibit
dunia
memerangi rangka
dan bingkai
kecil
memerhati setiap
persatu

aku bukan lagi
manusia
yang dapat
menyempurnai-Nya

ashraf ishak
3:20 Pagi
17HB Mac 10'
Rumah

Hilang selera

Tetap
menahan mata
dari durjana
pedih
melanda
hatinya berat
dikira
berdepan kesakitan
menyebak
langkah mengelat
telapak
menyepak dada
hilang selera

ashraf ishak
1:10 Pagi
16HB Mac 10'
Subang Jaya

Pedulikan saja

Nukilan bayu
menyetubuhi
diri
membawa berlari
menyembunyi
melayu

pernah aku
bertanya
dimana
hati
berduka lara
tidak engkau
pedulikan sahaja

ashraf ishak
2:16 Pagi
12HB Mac 10'
Subang Jaya

Hanya mampu terdiam

Coba
kau lihat
mataku berlari
ke sana
ke sini
punah rasanya
bila ditinggalkan
waktu-waktu
bila aku
hanya mampu
terdiam

ashraf ishak
6:30 Petang
9HB Mac 10'
Subang Jaya

Patah hati (iv)

"Engkau
ada ciri-ciri
manusia
yang suka
mematah hati!"

katanya lagi.

ashraf ishak
3:18 Pagi
9HB Mac 10'
Rumah

Tentang cinta

Ilusi
imaginasi terbatas
dan pantas
lantas
mencantas
sampai letih
bergetir

jangan kau
mempersoalkan
tentang cinta

ashraf ishak
12:01 pagi
8HB Mac 10'
Subang Jaya

Hingga engkau mati

Jarak mata
dan hati
tak jauh
berbeza
antara tenteram
ada kelam
panah
petir
langgit tenggelam
hancur lara
janggal menghilang
menyeluk tubuh
berliar tenteram

aku takkan pergi
hingga engkau mati

ashraf ishak
4:53 Pagi
7HB Mac 10'
Subang Jaya

Cinta ini

Cinta ini
melulurkan
rasa takut
yang terpendam

cinta ini
menghampakan
dan adanya
ku terdiam

biarkan rasa
ini
berpaling
seakan
aku tak lagi
bermimpi

ashraf ishak
2:38 Pagi
2HB Mac 10'
Rumah