Nafsu cinta

Cinta itu
nafsu
sepertimana
nafsu itu
adalah cinta

Dalam meracau
kegilaan
hakikat itu
menyimpan kemarahan

menyimpang jalan
dalam pencarian
nafsu cinta
insan keduniaan

ashraf ishak
5:11 Petang
26HB November 09'
Rumah

Manusia berhati gila

Sambungan kepada Orang gila berhati Manusia (http://ashrafishak.blogspot.com/2009/06/orang-gila-berhati-manusia.html)

Kalau
tersadur
dan tersembur
perasaan
tak mungkin
manusia
berhati gila
boleh mencintaimu

Dan engkaupun
pasti
tak mahu
manusia
berhati gila
seperti aku

ashraf ishak
9:47 Malam
9HB November 09'
Rumah

Tolak tarik

Tolak, tarik
tolak, tarik
tolak, tarik
tolak...
jatuh

hancur berderai
tangan mengapai

tolak, tarik
tolak, tarik
tolak

ashraf ishak
2:51 Petang
4HB November 09'
Rumah

Aku yang kehilangan

Dengarkan hujan
sayang
mungkin esok
kita kan bertengkar
tentang masa
yang terbiar

Ketika gelap
menyusul malam
diam
tak tenteram
aku kegilaan

bunyian
cengkerik
dan alam

Tengelam
aku
yang kehilangan

ashraf ishak
5:23 Pagi
4HB November 09'
Rumah