Takdir alam

Di manakah 
alam 
dan manusia 
bila bergema

Bersandarkan awan 
bersenda mencela 
celaka

Dan tumbang 
sebelumnya naik 
akar 
segala sonsang 
sebelum penyedaran

Takdir alam 
masih kepunyaan 
Tuhan

ashraf ishak 
2:14 Pagi 
16Hb September 09'
Subang Jaya

Menunggu masa

Otak berderau 
membening kemarahan 
tunggu sebentar 
habiskan saja 
biar terlena 

Setelah itu 
dengan sekuat hati 
melontar suara 
yang bergema 
alam bergegar
dalam bergetar
menunggu masa 

ashraf ishak 
4:32 Pagi 
11HB September 09'
Subang Jaya

Simpang awangan

Di suatu
sudut
dia duduk
memerhati
apakah perawan
berhati gergasi
mampu
menahan diri
dari terus
dibawa arus
polos
jolokkan mata
menyeberang
simpang awangan

ashraf ishak
8:13 Pagi
8Hb September 09'
Subang Jaya

Melawan

Manusia
tak mudah
hanyut
dalam karut

dan
tak hanya
mahu
mendiam
menentang
melawan

ashraf ishak
5:27 Pagi
8Hb September 09'
Subang Jaya

Mungkin takut mati sendiri 3

Batu berzikir
langit bergoyang
air mendayung
tanah tersisir

Mata-hari
mencaci
mencari aku
yang mau
mati sendiri

ashraf ishak
4:32 Pagi

8Hb September 09'
Taman Desa