Kesialan

Mata mencari
penentuan
hati mencari
Ketuhanan

aku mencari
diri aku
sendiri
supaya tidak
terus berdiam

mati akal
seperti mana
mereka
bukan lagi
untuk aku
berteman

henyah engkau
kesialan!

ashraf ishak
12:50 Pagi
29HB Mei 09'
Rumah

Ertinya dosa

Hanya engkau
meletakkan aku
di tempat ini
di mana debu
darah suci
aku perlihatkan
permainan syaitan
kau hembuskan
dan abdi
hamba ini
hina
tak pernah
tahu
ertinya dosa

ashraf ishak
2:23 Pagi
25 Mei 09'
Rumah

Kegilaan (iii)

Di rumah
hidupku huru-hara
di luar pun sama 
hanya kepulan 
asap 
menghayalkan
tak senang dibuatnya 

Lebih baik begini
dari hidup sendiri

ashraf ishak
2:42 Petang
19HB Mei 09' 
Subang Jaya

Patah hati (ii)

Katakan saja
alasan engkau
untuk tidak mencintai
aku adalah
kerana tidak mahu
mencuba

ashraf ishak
1:53 Petang
19HB Mei 09'
Subang Jaya

Kegilaan (ii)

Khayalan melampau
meranjau aku
ke arah itu
berdesing berdengung

Sudah aku menjangkau
masa aku akan tiba

ashraf ishak 
12:48 Pagi
15 Mac 09' 
Subang Jaya

Mungkin takut mati sendiri

Dengarkan aku
dengarkan awan
dengarkan bintang
serta lautan
malam
belum siap
berlabuh
dari mata hati
ke mata hati

biarkan
biarkan aku
kecanduan
keseorangan

ashraf ishak
2:11 Tengahari
12HB Mei 09'
Rumah

Mati melulu

Kejam pelik
jenuh
esok pagi
berjalan
meluru
sepantas kilat
melaknat
penat ini
belum sudah
mendakwa
akan apa adanya
kita
dan manusia
sebelum aku
mati melulu

ashraf ishak
10:56 Pagi
8 Mei 09'
Kuala Lumpur

Satu punca

Kelihatan
anak-anak muda
girang tertawa
dingin
tanpa ingin
sebut saja
mungkin
bila dewasa
kita kan terlupa
seru
darah dan tali
kita renggang
untuk satu punca
kita eratkan

ashraf ishak
1 Tengahari
8 Mei 09'
Kuala Lumpur

Merenung terus

Pecah keburuan
lincah melawan
seperti aku
kebuluran
meranjang perang
aku
takkan bahagia
tanpa mu

merenung terus

ashraf ishak
10:32 Pagi
8HB Mei 09'
Setia Jaya

Sebenarnya sebegini

Di tempat aku
meletakkan
bukan satu
dimensi itu
bukan lagi
dan tak pernah
menjadi-jadi
olahan ketak
kering otak
dengan nadi hari
seolah berpecah
berderai

dan engkau
engkau itu
maksud
kenapa aku
sebenarnya
sebegini

ashraf ishak
8:15 Malam
7 Mei 09'
Kota Damansara