Sang pujangga jiwa

Siapa aku kau tanya? 
aku sang pujangga jiwa 
yang membara muda darahnya 
hidupku diisi nukilan dan cungkilan 
ketidakpuashatian 
dan segala yang engkau rasa 
tidak benar buat engkau seorang 
tidak aku jadikkan
semua ini obsesi 
yang lahir dari diriku 
namun hati yang terisi 
dengan makrifat mukjizat
tersirat 
memberi erti kekosongan diri 

Zahirnya pahit dan manis 
tertulis di kanan dan kiri 
dan aku masih berdiri di sini 
Siapa aku kau tanya? 
aku sang pujangga jiwa 
yang membara muda darahnya 

 ashraf ishak 
8:47 Malam 
30HB Mac 09'
Subang Jaya

I could now sleep

I could now
sleep
in this restful
peace
of my disease
recitative beats
null
to my skin
and within
a split
of a second
lights
turn shadows
into a play

over..

and over again
I repeatedly
sang
to my deathbed
so everyone
could remember
as I say..

I...

could now..

sleep..

ashraf ishak
7:20 P.M.
30TH March 09'
Home

Engkau seorang

Kebencian
yang ada
padaku ini
hanyalah kerana
nafasku terhenti
bersama erti
dan nilai
dibawa badai
ombak
yang menyorak
mengorak
tanpa bongkak
aku tersisih
tiada siapa
mendengar rintih
walau hanya
ada suara
yang mendengar
aku terlantar
di dalam bayangan
engkau seorang

ashraf ishak
2:19 Pagi
27HB Mac 09'
Rumah

Pernah kau

Pernahkah kau
bertanya
pada bintang
akan semua
cerita
yang kau simpan
cahaya kerdip
ku menyimpang
sehingga kecah
berkelipan
bergelimpangan
tangan
ku berebutan
ribut malam
ini
hambar sunyi
dengan pertanyaan

pernahkah kau
bertanya
pada bintang

ashraf ishak
12:25 Pagi
26 Mac 09'
Rumah

Cinta langit syurga ke-tiga

Kau hinakan
semua alasan
tanpa memujuk
ku peluk
menyeluk perasaan
ku jadikan
prasangka
teman dunia itu
seseorang
yang mampu
aku berikan
segala
tanpa adanya
dia
di antara curiga
sekali aku
letakkan cinta
di langit syurga
ke-tiga
sakit jatuhnya
itu
ku rasa

ashraf ishak
9:26 Malam
24HB Mac 09'
Subang Jaya

Pahlawan

Nafkah
seurat tali
benang
meremang
tanjak berperang
kita satukan
hati
biar keras
padat
dan sebati
seperti tadi
dan kemudianya
putus
benang basah
gasak
lantak punah
menyiarap
naik darah
tunjuk belang
mati pedang
dimakan tuan

ashraf ishak
2:36 Petang
24HB Mac 09
Kuala Lumpur

Pendiam

Aku letih
dengan kegagalan
kehidupan
aku mahukan
cinta agung
yang pertama
ku pegang
biar tak renggang
aku
dengan pengalaman
aku ingin
satu
dengan Tuhan
dengan tubuh
bersih
dan hati tenteram
aku inginkan
teman
serapat alam
agar musnah
marah
dendam
tapi semua ini
bukan tentang
aku
kerana aku
yang engkau
kenal
yang engkau
tahu
hanya pendiam

ashraf ishak
5:17 Petang
23 Mac 09'
Kuala Lumpur

Bebas

Aku tak boleh 
menolak lagi
sekecil mana 
tanggapan aku 
untuk terus 
mengharap 
dan mengucap 
kata-kata 
yang pernah 
aku dusta 
tak mungkin ada
jika esok 
aku masih menginginkan 
sayang 
kita lupakan sahaja 
biar gelap meranap aku 
bebas dari cinta 

ashraf ishak 
8:46 Malam 
22 Mac 09' 
Kuala Lumpur

Punca kematian

Nafas cinta
terbahagi dua
alis alasan
perkataan bayang
dan semua
kita peragakan
di robok
kau isikan
kebencian
sorokkan
keseronokan
dan tambah pula
bila di akhirnya
kau rasa
diperalatkan
kemudian
kau keluarkan
perlahan

aku sudah
menolak
pada kemungkinan
kau
seperti aku
di saat-saat
tak menyenang
meraba gelap
dan menahan

ashraf ishak
11:49 Pagi
23HB Mac 09'
Rumah

Dendam

Biarkan api
membakar diri
sehingga lupa
budi bicara
aku tak
peduli lagi
akan kata-kata
kau menghina
biarpun
pernah dahulu
aku
kau jadikan musuh
dan sejurus
lidah
kau putuskan
cabang
dendam itu
masih
kau susuk
ke rahang

ashraf ishak
12:21 Pagi
23 Mac 09'
Rumah

Siapa kau sebenarnya

Bait kata
menyingap
urat sendi
dan naluri
manusia kosong
berbohong
sendiri
memperlihat raga
di mana
berdirinya aku
di dalam mereka
seolah meratap
seloka
yang tertulis
bergelut ideologi
dan minda
mainan
tanpa kau ketahui
siapa diri kau
yang sebenar

ashraf ishak
10:11 Malam
22HB Mac 09'
Rumah

Gadis kota

Berkecamuk
aku
dengan amuk
bertelanjang
aku
di ranjang
gadis kota
kau kirimkan aku
salaman jauh
dan tempat
aku bermimpi ini
bukan lagi masa
menentu
akan aku
tidak lagi menjengguk
memeluk tubuh
sendirian
di sebuah
kamar kecil
bersetubuh
zinar
hilang akal
aku fikirkan
biar diam bicara
ini bukan
dan mungkin
tak ada
buat aku lagi
mengerti

ashraf ishak
1:50 Petang
20HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Aku bukan untukmu

Buat seorang penulis. Sudahkah kau melupakan aku?.

Biar hilang
malam ini
di telapak
tanganmu
telunjuk
menunjuk-nunjuk
mengangguk
sudah lama
aku katakan
demi berbisik
perlahan

aku tetap
menahan
rasa marah

aku ingin
dan masih
mahukan
kau disini

tetapi
aku bukan
untukmu

ashraf ishak
1:26 Pagi
20HB Mac 09'
Rumah

Tentang kematian

Mati itu
melankolis
berkubur lumpur
lubang cacing
daching
meracau bilau
intipati
yang punah

dan ingatlah
bahwa
hari tuamu
akan berakhir
dengan ajal
membenih
seribu kehidupan

ashraf ishak
11:20 Pagi
4HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Dahulu

Buat dia yang tak merindui aku

Bukan aku yang kau rindu
kerana apa mimpiku 
masih dipenuhi dengan kau
dan aku masih sedih
akan pemergian
suatu hari 
mungkin kau akan memahami
sakit dan sedalam mana
aku pernah mencintai 
dan tak mungkin kau 
akan menyedarkan dirimu
untuk mencintai aku seadanya 
sepertinya dahulu

ashraf ishak 
10:20 Malam
4HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Naif

Andai kata
yang terpahat
di hati itu
benar
sudikah kau
mengambil masa
mengenali diriku
walaupun
sedu-sedan
dan segan
perlahan
ku jadikan teman
sepi itu
sudah lama
kunanti
biar lewat malam
firasatku
menyatu aduk
bercampur
dan segala
naif
tentang engkau
hancur

ashraf ishak
8:29 Pagi
3Hb Mac 09'
Kuala Lumpur

Sebab sepi

Aku takkan
sadar
dari tidur
yang lena
seperti mana
engkau
tak akan
mengubah
membuah
membuang akal
yang terlepas
dan terjejas
demi persepsi
engkau sendiri
yang menyendiri
sumbing bibir
berdarah
dan takut kalah
itulah
penyebab sepi

ashraf ishak
4:27 Petang
2HB Mac 09'
Subang Jaya

Akal tak tercapai

Berlopong kosong
berdepan badang
dan kita
telanjang
di lantai mamar
yang samar
warnanya
ditutup
dan dibuka
ghairah
yang hiba
sedetik suara
seharinya
berduka
topeng
di muka
masih dipakai
biar mereka
tidak tahu
kita siapa

akal tak tercapai

ashraf ishak
3:39 Petang
2HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Jahanam

Di mana
si bodoh
dan
si bangang
yang engkau
pandang tinggi
penipu itu
engkau
selama ini
sudi aja
aku menolak
menyorak
menyuap
saudara-saudaramu
dengan penipuan
celaka engkau
dengan posisi
yang engkau
pegang
biarkan engkau
mati jahanam!

ashraf ishak
3:25 Petang
2HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Cinta dunia nyata

Babak-babak
terliur
di mana
panas sekarang
dan sejuk
kemudian
membakar aku
dalam kesenangan
cinta
dunia nyata
tak pernah sempurna
setinggi mana
ia diletakkan
bersama Tuhan
namun
apa yang ku cari
tetaplah
perhentian
dia antara dua
dan cinta sesama
kita itu
tidak pernah
wujud
sewajarnya

ashraf ishak
3:12 Petang
2HB Mac 09'
Kuala Lumpur

Hari ini

Penat
aku berjalan
tanpa arah
tuju
semakin gila
seperti aku
yang tak menentu
panas
hari yang terbit
jenuh
aku melihat jauh
pandangan kabur
di mana pundak ku
bersahur
bertempur
dengan marah
lurah berpanah
hari ini
masih belum
selesai
untuk aku tempuhi

ashraf ishak
11:39 Pagi
28HB Februari 09'
Kuala Lumpur