Manusia kecil hati

Kau
ku lihat
bibir tersenyum luas
sempurna semuanya
bukan lagi janji
kau tunggukan

Aku
sentiasa mengingin
selalu mahu
terkadang mengidam
apa yang kau ada
kau bertuah
dah berpunya

Aku?
tak mungkin
akan ada
mimpi itu lagi

aku manusia
kecil hati

ashraf ishak
8:55 Malam
29 Oktober 08'
Rumah

Tidur

Aku tak boleh tidur
kelam kabut
dunia
sampai masa
ada pelita
membakar dirinya
"pergi!"
kau katakan padaku
biar aku mati
sendiri
terlalu tua
untuk kau peduli
"mampus!"
kau jerit padaku
hanya pondok usang
rumahmu
lampu kecil
cahayamu
pendosa dunia
yang tak mampu
tidur lagi

ashraf ishak
4:31 ptg
28 Oktober 08'
Rumah

Ke hadapan bintang jatuh II

Ke hadapan bintang jatuh
malam ini
tak cerah
untuk ku lihat
kau bersinar
jauh
tak ku dekatkan
hati ini padamu
seperti insan seni
yang menyepi
tiap kelam
ku ajukan
mungkin bukan
dan belum lagi
untuk bintang itu jatuh

ashraf ishak
25 Oktober 08'
Kuala Lumpur

shadows

Look at my hands
they are dirty
and broken
glass wove
your hair
into splendour
waving goodbye
was her best
kept secret
it doesn't
amuse me
that it took
half her lifetime
to come by
snickering at
the thought why
nothing was endless
at a glance
she dances
to the skies
never took shadows
out
on her own
for a walk

ashraf ishak
6:11 p.m.
25Th October 08'
Kuala Lumpur

Bila senja mula reda

Dunia berputar
mengejar masa

diam
tuk seketika
bila senja
mula reda

air yang mengalir
ke lautan
hilang
bersama awan

diam
tuk seketika
bila senja
mula reda

tanah hitam
ku genggam
ku jadikan
penangan

diam
tuk seketika
bila senja
mula reda

angin tak
dihembus
bila aku
tlah mati

diam
tuk seketika
bila senja
mula reda

ashraf ishak
3:57 petang
13 Oktober 08'
Kuala Lumpur

Ku panggil cinta

ketika itu
wajahmu
saksiku
bertukar waktu
menjadi pilu
dan kakulah
dunia
sementara
cinta masih ada
beradu penat
dan lelah
sepertinya
duka dan lara
tak pernah ada
kau bagiku sempurna
terlalu indah
namun nyata
aku ini bukan
semua yang terindah
aku salah
menaruh harapan
di atas katil berbungakan duri
dusta semata-mata
aku mencuri
khayalan itu ku panggil
cinta

ashraf ishak
10 Oktober 08'
11:25 p.m.
Rumah

Kini

Perlahan ku berjalan
walaupun tak tahu
ke mana
titisan air hujan
sekali lagi
merangkul nyawaku
membalut hatiku
dengan wajah
sepi dan silu
petang itu seperti
tak ada akhirnya
seperti semua lukaku
terbiar
berdarah bersama
senyuman mesranya
sebak hati
merangkap perpisahan
kasih dan sayang
kau buang

tapi itu semua dulu
aku kini sudah bahagia

ashraf ishak
6:27 Petang
8 Oktober 08'
Subang Jaya

Hujan

Hujan itu rahmat dunia
hujan itu semua sempurna
hujan itu titik terakhir
hujan tandanya aku dah mati

ashraf ishak
5:03 Petang
8 Ogos 08'
Subang Jaya

Hari Bintang Jatuh


Seperti tertera di atas saya akan mengambil bahagian di dalam persembahan yang dinamakan Hari Bintang Jatuh, sebuah projek yang dijayakan oleh Wani Ardy pada 25 Oktober ini. Dijemput semua untuk datang memeriahkan lagi keadaan. Hope to see you there. Terima kasih.