House warming gift for Soraya

Cari

Jikalau ini bukan jawapan 
yang kau mahu
biarlah aku tahu
agar aku tidak lagi mengharap
akan kasihmu
duhai hati engkau terluka lagi
namun dia bukan takdir
yang kau cari

ashraf ishak
12:01 Tengahari
22HB Disember 23’
Kuala Terengganu

Lain

Ribut gerimis merinding
sedetik hati suatu waktu dalam sepi
dimana perginya angin
membawa khabar gembira
akan jiwa yang dingin
berlari tanpa arah seperti helaian kain 
yang dirobek akan mimpi kelmarin
dan aku disini mencari dan menanti
akan cinta yang lain

ashraf ishak
11:50 Pagi
22HB Disember 23’
Kuala Terengganu

Sempurna

Biarlah dunia
terhenti seketika
dimana sempurna
itu hanyalah sederhana
tanpa perlu memaksa
tanpa perlu rasa kecewa

ashraf ishak
11:03 Malam
21HB Disember 23’
Kuala Terengganu

Damai

Dalam setiap hati
yang menyelinap rasa sakit
ada erti yang tak dapat
diungkapkan dengan pahit
berselindung di balik awan
mengharungi hari-harinya
dengan rasa kecewa 
namun manusia tidak pernah
memberi bahagia
lalu berhentilah dia seketika
untuk berdamai bersama jiwa

ashraf ishak
12:40 Petang
19HB Disember 23’
Kuala Terengganu

Selayaknya

Berikan ku secebis rasa
buat mengubati hati yang merana
dalam kesempatan membunuh curiga
yang menghantui jiwa
bersama lara sukma 
yang tlah lama terluka
aku hanya ingin bahagia selayaknya

ashraf ishak
12:52 petang
18HB Disember 23’
Kuala Terengganu

Hilang

Biarlah hati ini
menelan kepahitan
yang seringkali dijanjikan
dengan tenteram
langit membiru
memecahkan kedamaian
dari sinar kegelapan semalam
namun aku masih lagi tertinggal
dalam perasaan kelam
yang masih lagi belum hilang

ashraf ishak
12:08 Pagi
18HB Disember 23’
Kuala Terengganu

Terasa

Hati terluka
seolah dicemuh akan senja
merangkul rasa yang terbuang
bersama masa
menderu ombak dunia
mencari akan diri yang kehilangan
bersama terang cahaya bulan
lalu terhenti segala kelam
bersama ribut hujan kehidupan

ashraf ishak
6:31 Petang
17HB Disember 23’
Kuala Terengganu

Hina

Kulukiskan seribu makna
sebagai tanda cinta padanya
yang hati bukan milik dia
dan ungkapan tidak lagi bermakna

Disini kutinggalkan sepucuk rasa
buat dunia yang sentiasa menghina

ashraf ishak
6:34 Petang
16HB Disember 23’
Kuala Terengganu



 




























My artwork made it into the local online newspaper. Click here to know more.

Seribu Malam

Dingin pagi
yang tidak lagi kelihatan terang
memaksa aku tuk pulang
biarpun hujan menelan kelam
namun hati ini masih lagi
mencari akan kedamaian
yang hilang dalam seribu malam

ashraf ishak
7:05 Pagi
13HB Disember 23’
Kuala Terengganu

Lena

Walaupun lautan
memisahkan kita
namun hati ini
akan tetap bersama
Mencari akan dunia
yang masih belum
terlena

ashraf ishak
6:49 Malam
11HB Disember 23’
Kuala Terengganu

Abadi

Mencari akan mimpi
yang tidak lagi diketahui
malam menjadi erat
dengan dinginya hati
yang tersirat
namun lambaian jari jemari
justeru tidak lagi menjadi erti
jiwa yang berpaut 
pada kebahagiaan yang abadi

ashraf ishak 
6:57 Malam
30HB November 23’
Kuala Terengganu

Binasa

Melakar senja
tatkala hati terluka
memadamkan api murka
yang tidak lagi ada
semoga dipermudahkan
segala rangkai rasa
yang membunuh cinta
yang wujud, yang hadir
binasa

ashraf ishak
2:24 Pagi
18HB November 23'
Taman Tun


No Man's Land (2023)
mixed media on paper

 



Two Worlds Apart (2023)
mixed media on paper


Evil Has no Boundaries (2023)
liquid paper on black paper


 


 

Falastin

Ketika kamu
bercanda dan tertawa
dunia memejamkan mata
dan memekakkan telinganya
yang berkuasa tertidur lena
sementara saudaranya mati
bersengketa
yang lemah menjadi mangsa
yang tidak bersalah 
ranap merana

ashraf ishak
543 Petang
11HB November 23'
Taman Tun



The Secret To Attraction (2023)
mixed media on prozac packaging


Terlerai Dengan Waktu (2023)
mixed media on paper

Dia

Lihatlah diriku
yang ketepian
hanya untuk Dia
memanggil ku pulang

ashraf ishak
1:39 Pagi
28HB Oktober 23'
Taman Tun


Inaccurately Accurate (ii) (2023)
mixed media on brown paper


Inaccurately Accurate (2023)
mixed media on brown paper 


Hearts at War (2023)
mixed media on prozac leaflet

Teraniaya

Ketika dunia meratap merana
ada hati yang riang gembira
sudah terlalu lama
kita menutup mata
akan kekejaman 
sesama manusia
hanya menunggu masa
jatuhnya langit dari sangkarnya
dan yang batil akan menjadi nyata
dan kemenangan ada pada kebenaran 
mereka yang teraniaya

ashraf ishak
7:14 Malam
23HB Oktober 23
Taman Tun

Abadi

Kita manusia
Pengembara dunia sementara
sebelum tiba ke alam abadi
dan selamanya

ashraf ishak
9:40 Malam
22HB Oktober 23'
Taman Tun

Bulan dan Malam

Tersingkap segala durjana
yang tersimpan hanya dengan rasa
meratap akan masa 
yang tersisa tersiksa batinya 
bulan dan malam 
mungkinkah esok kita kan bersua

ashraf ishak
7:48 Pagi
15HB Oktober 23'
Taman Tun

My artworks have made its way to the music section of Hannah and Lindsay's home in Australia.

Aku Yang Kehilangan

Dalam pencarian
untuk menemukan Tuhan
aku berlayar tanpa batasan
sehingga suatu masa
terkandas dari landasan hati 
yang ghairah mencari jawapan
persoalan yang tidak mungkin
ditentukan oleh jiwa yang
yang semakin menghilang

ashraf ishak
3:30 Petang
14HB OKtober 23'
Taman Tun

Sunyi

Di sudut kamar sepi
ada hati yang mencari
dan mengharap 
akan kepulangan insan
yang nurani 
menukilan kerinduan
yang hanya dirasai
dirinya yang sunyi

ashraf ishak
3:05 Pagi
14HB Oktober 23'
Taman Tun

Hawa

Pesan buat sang hawa
yang hilang jiwanya
mencari cinta
biarlah lautan samudera
menjadi hamba kesuma
dan bisikan syurga
hanya datang pada mereka
yang lena dalam dakapan
selembut  pawana

ashraf ishak
12:50 Pagi
14HB Oktober 23'
Taman Tun


Kehidupan Tanpa Kelam (ii) (2023)
mixed media on prozac packaging

 

Sebening Harapan

Melepasi batas rindu
dimana hati ini
mencandukan kehadiranmu
bersama hati yang sangi
yang tidak lagi ingin menjauh
sebening harapan kau campakkan
hanya untukku pulang
dengan penuh dendam

ashraf ishak
10:47 Malam
12HB Oktober 23'
Taman Tun

Selamanya

Penyatuan jiwa
yang sederhana cintanya
sebentar sahaja
Tuhan meminjamkan raga
buat aku yang terluka
jika ditakdirkan syurga
hanya untuk kita berdua
mungkinkah wujud
selamanya

 ashraf ishak
12:58 Pagi
11HB Oktober 23'
Taman Tun


The interview is now out. Check it out here on the Shoutout LA website

Sendirian

Relakah kau
ditinggalkan rembulan
di saat mentari datang
menyinari bayangan
bertemankan terang
dan kabus awangan
disirami hujan
insan bersendirian

ashraf ishak
3:12 Pagi
9HB Oktober 23'
Taman Tun

Sendu

Kekasih hatiku
biarlah jiwa ini
berdamai berlagu
bersama alunan 
angin yang membisik
akan kalbu yang syahdu
bersendirian  ditemani
sukma yang sendu

ashraf ishak
9:51 Malam
7HB Oktober 23'
Taman Tun

Ufuk

Kita hanya wujud
kerana tunduk
dan sujud
hati yang junub
berpaksikan waktu
dan terbitnya ufuk

ashraf ishak
7:46 Malam
7HB Oktober 23'
Taman Tun


Wedding gifts for Hanna and Lindsay

Merana

Maka
terukurlah nikmat dunia
pabila dipejam matanya
di manakah hati
yang menyantuni jiwa
di saat ianya merana

ashraf ishak
5:45 Petang
6HB Oktober 23'
Subang Jaya

Kejora

Kejora
di balik bibit-bibit
kegelapan yang tidak ada 
maknanya
engkau hadir bergemerlapan
menyinari dunia
tanpa rasa jemu 
memunggah sinar dari syurga
dan pabila kau hilang
pagi pun menjelma
melenakan hati yang terluka

ashraf ishak
1:11 Pagi
6HB Oktober 23'
Taman Tun


Darah Sama Merah (2023)
mixed media on prozac leaflet 

Iman Dalam Genggaman

Mencari duniawi
adalah seperti mencari jarum
di tengah padang pasir
mencari hidup selepas mati 
adalah mencari erti yang hakiki
genggamlah imanmu dengan erat
agar tak terlerai kerana lalai

ashraf ishak
6:48 Petang
5HB Oktober 23'
Taman Tun

Halusinasi Dunia

Halusinasi dunia
yang menjadikan 
manusia abdi
biarpun berkaki-kali
diberitahu akan hakikat
kelak kita mati

Berbaliklah pada paksi
Tuhan Yang maha sejati

ashraf ishak
9:00 Malam
4HB Oktober 23'
Subang Jaya

Tanpamu

Seringkali
hati ini diselimuti cemburu
dicemuh akan waktu
di balik hari yang berlalu
ke mana perginya rindu 
yang bertakhta di hatimu
terlalu lama ku menunggu

ashraf ishak
5:36 Petang
3HB Oktober 23'
Taman Tun

Bayangan Gurauan

Berikan aku peluang
melepaskan kerinduan
dengan nukilan
rahasia yang tersimpan
hanya bayangan gurauan
yang terpendendam
di balik mata dipejam
dan manisnya senyuman

ashraf ishak
7:12 Malam
2HB Oktober 23'
Kuala Terengganu

Nista

Takkan berakhir
gundah yang sudah lama 
terzahir
di selar kata-kata
yang tiada noktahnya
hanya ada hati yang kecewa
tanpa rasa
tanpa erti
tanpa cinta yang nista

ashraf ishak
5:13 Petang
2HB Oktober 23'
Kuala Terengganu

Damai

Dalam ketenangan
jiwa yang meradang
ada hati 
yang kian tenteram
bersama angin dan hujan
bersama bunyi-bunyian alam 
berserta kedamaian
yang tidak lagi kan hilang

ashraf ishak
11:21 Pagi
2HB Oktober 23'
Kuala Terengganu

Mimpi

Biarlah angin
menghilangkan rasa
tentang dunia yang terasing
tanpa wujudnya 
hati yang berpaling
Biarlah lautan
membawa segala mimpi
bersama jiwa-jiwa
yang tersakiti
agar bahagia itu bukan lagi
sekadar mimpi

ashraf ishak
6:30 Petang
1HB Oktober 23'
Kuala terengganu

Teduh

Pabila rindu
Menjelajahi waktu
hanya dirimu
yang merentas kalbu
dan aku menyaksikan 
dunia berputar
tanpa ada hati 
untuk berteduh

ashraf ishak
2:29 Petang
1HB Oktober 23'
Kuala Terengganu

Murka Dunia

Bersama jiwa ini
ku bawakan seribu harapan
berserta persoalan
yang tiada jawapan
langit yang membiru
tiada pemisah di antara kita
namun hati hanya bisa berdamai
di dalam renggangnya kemudi
murkanya dunia

ashraf ishak
1:06 Petang
1HB Oktober 23'
Kuala Terengganu

Bulan

Bulan
berikan aku khabar
tentang ke mana hilangnya
bunyian malam 
bersama impian 
yang tidak lagi tersimpan

ashraf ishak
9:26 Malam
30HB September 23'
Kuala Terengganu

Gurindam Jiwa

Di balik ruang kerinduan
ada hati yang tak tenteram
menyaksikan pagi pergi
bersama senja 
dan malam pun datang
bersama gurindam jiwa
yang digenggam

ashraf ishak
7:34 Malam
30HB September 23'
Kuala Terengganu

Mati Dalam Kerinduan

Jikalau aku ditakdirkan
bertemu dengan Tuhan
biarlah aku mati
dalam kerinduan
bersama jiwa hiba
yang mendalam

ashraf ishak
5:33 Petang
29HB September 23'
Kuala Terengganu

Perempuan

Berzikir dalam diam
di balik malapnya
api malam
bersama secangkir harapan
dan penemuan hati
yang tak tenteram
yang menzahirkan kebisuan
seorang perempuan

ashraf ishak
9:35 Malam
27HB September 23'
Kuala Terengganu

Di Antara Gelapnya Malam

Biarkan malam
mengertikan
segala kedamaian
di mana erti pengertian
hanya ada pada Tuhan

ashraf ishak
9:15 Malam
27HB September 23'
Kuala Terengganu

Warkah Buat Adinda

Buat adinda 
yang ku cinta selamanya
biarlah waktu memisahkan kita
namun hatiku tetap berduka
di kala mekar seribu makna
haruskah ku menabur harapan
pada dunia sedalam lautan

ashraf ishak
12:59 Petang
26HB September 23'
Kuala Terengganu

Akhir Zaman

Dunia yang menjanjikan 
kepalsuan
dengan manisnya bibir
melawan Tuhan
di akhir zaman
tiada manusia 
yang tenteram

ashraf ishak
4:47 Pagi
26HB September 23'
Kuala Terengganu

Di Bawah Lindungan Bulan

Jikalau dunia
tidak lagi reda
dari kepahitan
yang mencengkam dirinya
biarkan saja 
mimpi-mimpi itu mati
bersama rasa yang lemas
di antara jari jemari masa

Di bawah lindungan bulan
hati ini terbit melihat Tuhan

ashraf ishak
3:44 Pagi
25HB September 23'
Taman Tun



Kehidupan Tanpa Kelam (2023)
mixed media on prozac packaging

Rapuh

Izinkan aku menunggumu
dalan tidurku yang tak lena
hingga ke subuh
di dalam kegelapan
yang menyelubungi hidupku
aku tempuh tanpa rasa angkuh
ku hanya inginkan kau disisiku
melindungi diri ini
dari sekali lagi terluka
dari sekali lagi jatuh
dalam hatiku yang rapuh

ashraf ishak
2:34 Petang
24 September 23'
Taman Tun

Merana

Biarkan senja
meredakan ratnaku
yang bergelora
dari segala kerinduan
yang mencengkam
akan sukma
yang membencikan
kebisuan hati
menusuk merana

ashraf ishak
12:32 Pagi
24HB September 23'
Taman Tun

Janji

Hati yang kian sepi
mencari erti 
dalam menyendiri
Biarkan jiwa jni
dipanggil akan janji

ashraf ishak
11:36 Malam
23HB September 23'
Taman Tun

Sengsara

Berikan aku
secebis kerinduan
yang berhaluan
dengan tenteram
segala kepahitan
yang kupendam 
aku hadam 
dalam kegelapan malam
aku pejam
demi kebahagiaan jiwa
damai dari kesengsaraan

ashraf ishak
4:12 Petang
21HB September 23
Taman Tun



1989 MIK Squier Telecaster with custom ashraf ishak cutout art.


Blue Opus (2023)
acrylic on canvas
61 x 122 cm

Lemas

Terdengar dari jauh 
suaramu memanggil
akan diriku
yang masih tenggelam
di dalam lautan pilu
dan tangisanmu
hanyalah bara 
yang membakar waktu

ashraf ishak
5:16 Pagi
2HB September 23'
Taman Tun

Esa

Dalam erti kata 
yang sebenar
mencintai sesama manusia
adalah mencintaiNya
sang pencipta 
yang maha esa

ashraf ishak
4:55 Pagi
2HB September 23'
Taman Tun


Seketika Jiwa Merana (2023)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm

Mimpi

Kerinduan
yang mendatang
di kala hati
menginginkan terang
namun
hanya kegelapan
yang menghampiri
menyelinap
akan diriku
dalam mimpi

ashraf ishak
2:22 Pagi
1HB September 23'
Taman Tun

Tentang Kita

Malam ini
dua hati bersua
dalam suara kerinduan
fajar yang menjelma
tidak ada lagi 
kegelapan
ataupun nestapa
dalam cerita 
tentang kita

ashraf ishak
11:01 Malam
31HB Ogos 23'
Taman Tun

Now

A quiet storm
beneath clouds of black
thunderous
to a wisdom of silence
in a distance of
proportionate passion
taking heed to the future
of uncertainty
with hopes 
of a daunting thought
but forgetting about 
what's in front of us now

ashraf ishak
2:37 AM
31ST August 23'
Taman Tun


Alif (2023)
ink on paper

Rahsia Dunia

Bisikkan angin
melelapkan hati 
yang dingin
dibelai hawa cekerawala
lalu berteriaklah
sekencangnya
rahsia dunia 
yang bergema

ashraf ishak
2:24 Pagi
27HB Ogos 23'
Taman Tun

#KLFW 2023

Manusia

Tatkala kegelapan
hampir menjelma
di situlah hilang
wujudnya dunia
bersujud di antara
jiwa yang murka
tanpa balasan manusia

ashraf ishak
7:33 Malam
26HB Ogos 23'
Taman Tun

Aniaya

Dari makna
yang tertera
terlerainya seribu
yang mengertikan
sejuta warna
atau hanya rahsia hati
didendami jiwa
lara itu sukma 
manusia terniaya

ashraf ishak
12:56 petang
26HB Ogos 23'
Taman Tun

Demi Cinta

Demi cinta
yang seutuhnya ku rasa
ku berikan seribu makna
dengan hasrat sengasara
itu tidak lagi ada
demi cinta
yang seutuhnya ku rasa
ku mengharap lena
tidak lagi kenal akan lelah
di mata kita

ashraf ishak
12:26 Petang
26HB Ogos 23
Taman Tun

Di Hujung Malam

Mahukan embun
menyambut tangisan
sebelum senja
memanggil ku pulang
seketika tenang
di hujung malam

ashraf ishak
2:28 Pagi
25HB Ogos 23'
Taman Tun

Benam

Menghilang
dari dunia sementara
mencari diri dari sudut
kegelapan hati-hati
manusia yang tak tenteram
memecahkan sunyi
tanpa meretakkan kaca
hingar yang terbenam

ashraf ishak
1:21 Pagi
24HB Ogos 23'
Taman Tun

Sendirian

Di waktu kegelapan
menyimpan dendam
maka terhapuslah
hasrat untuk berdiam
dibalik awan-awan
yang enggan
menjadi teman

ashraf ishak
5:44 Pagi
23HB Ogos 23'
Taman Tun

Pulang Yang Hakiki

Dalam mencari diri
hakikat yang tersembunyi
tidak lagi membawa erti
hanya ketidakwarasan
di benak hati
yang menjangkau mati

ashraf ishak
3:59 Pagi
23HB Ogos 23'
Taman Tun

Murka

Melihat
tanpa merasa
dunia yang kejam
menyiksa jiwa
mencengkam
akan tubuh-tubuh
yang utuh
memegang teguh
manisnya bibir mencemuh
hati yang kian rapuh

ashraf ishak
1:49 Pagi
21HB Ogos 23'
Taman Tun


Melakar Sukma Yang Lara (2023)
mixed media on paper

Hilang

Aku takkan tenteram
sehingga damai 
jiwaku ini
ditelan kegelapan malam
kepahitan silam 
kehidupan
melukai sukma 
diriku yang hilang

ashraf ishak
11:58 Malam
19HB Ogos 23'
Taman Tun

Mati Itu Pasti

Berkawan dengan awan
meratapi senja
yang tenggelam 
kian hilang bersama malam
dipapah masa
yang tajam menikam
membunuh akan umur
yang panjang dengan kejam

ashraf ishak
5:44 Pagi
19HB Ogos 23
Taman Tun

Tanpa Rasa Dendam

Di waktu
bunyian malam
mentertawakan
jiwa yang kelam
tidak ada lagi hati
yang mungkin tenteram
diselaputi kabus
hitam yang terpendam

ashraf ishak
11:36 Malam
18HB Ogos 23'
Subang Jaya

Love & Innocence (2023)
mixed media on prozac leaflet

KL City View



 

Mencari Tuhan

Di antara 
kegelapan
aku sendirian
mencari Tuhan

ashraf ishak
3:54 Petang
16HB Ogos 23
Taman Tun

Selamanya

Selagi
masih ada masa
izinkan aku 
menaruh nyawa
disisi dirimu
yang ku cinta

ashraf ishak
5:24 Pagi
13HB Ogos 23'
Taman Tun

Mungkar

Seribu kebatilan
menyimpan dendam
tersingkir di antara 
gelap dan terang
di mana pahit bertemu
manisnya kehidupan
di mana janji dimungkari
penipuan

ashraf ishak
3:44 Pagi
13HB Ogos 23'
Taman Tun












Custom linocut print patches

 


No Reason To Leave (2023)
linocut print on paper

Janji

Jikalau aku
memilih tuk pergi
apakah bisa 
waktu terhenti
remuk dalam amuk
jiwa yang pernah dilukai

ashraf ishak
6:00 Pagi
10HB Ogos 23'
Taman Tun

The Truth Uncover Lies (2023)
mixed media on paper
21 x 14.8 cm


Abandonment (2023)
Mixed media on prozac packaging


Fear of Loving (2023)
cynoprint on paper
21 x 14.8 cm

Lost Soul

I'm just a lost soul
looking for a place
where I belong
in this world

ashraf ishak
5:46 AM
8th August 23'
Taman Tun

Pergi

Beningnya soreh hari
mengubati hati yang terluka
yang hilang
dan tak mungkin dapat kembali
seperti saat aku dalam dakapanmu
hanya menunggu waktu tuk pergi

ashraf ishak
4:21 Pagi
8HB Ogos 23'
Taman Tun

Angkuh

Biarkan rindu
mengisi sisi gelapku
sehingga tidak lagi
ada hati yang bercelaru
matinya jiwa ini
dalam genggaman 
jari jemari
dan manisnya bibirmu
berbicara angkuh

ashraf ishak
5:44 Pagi
7HB Ogos 23'
Taman Tun

Sirna

Suatu hari
aku kan pergi
tiada tempat
untuk kau mencari

ashraf ishak
12:55 Pagi
5HB Ogos 23'
Taman Tun

Pendosa

Penggembala
kata-kata suci
dari neraka
mencari kebebasan
dari malapetaka dunia

ashraf ishak
7:34 Malam
4HB Ogos 23'
Cheras

Merana

Biarkan saja
aku berkecamuk jiwa
sendirian tanpa hiba
hilang tanpa dendam
tanpa jiwa yang merana

ashraf ishak
5:34 Petang
4HB Ogos 23'
Taman Tun

Hilang

Menuju hati 
yang tiada henti
memberi erti
namun semakin jauh
aku membawa diri

ashraf ishak
4:47 petang 
4HB Ogos 23'
Taman Tun

Manusia Biasa

Jika aku dicipta
untuk mengubah dunia
mengapa jari jemariku
tidak dapat menggegarkanya
hanya dengan kata-kata
aku hanyalah
manusia biasa

ashraf ishak
5:26 Pagi
3HB Ogos 23'
Taman Tun

Hiba

Pada setiap kebencian
yang merangkumi
rasa yang mendalam
masih ada cinta
yang terpendam
akan tetapi hilang
dalam setiap detik
hiba mendatang

ashraf ishak
7:49 Malam
1HB Ogos 23'
Taman Tun

Sendirian

Ketika senyumanya
membuatmu
rasa bahagia
aku di sini merana
di mana antara kita
hilang segala kata-kata
di mana salahku
menaruh harapan
hanya untuk takut
ditinggalkan sendirian

ashraf ishak
6:19 Petang
1HB Ogos 23'
Taman Tun

Bahagia

Di antara kelam
cahaya dan senja
tidak ada jiwa
yang terjaga hasratnya
untuk menyelami minda
dunia yang semakin alpa
hanya manusia 
yang tidak lagi mengerti
akan bahagia

ashraf ishak
5:35 Pagi
1HB Ogos 23'
Taman Tun

Sunyi

Izinkan aku
bermimpi
tatkala tidurku lena
dan hatiku mati
dan hanya suaramu 
kedengaran
dalam bait-bait sunyi

ashraf ishak
8:20 Malam
29HB Julai 23'
Taman Tun

Durjana

Biarkan jiwa ini
merana
selagi takdir tidak lagi
menyebelah diriku
yang duka durjana

ashraf ishak
8:26 Malam
28HB Julai 23'
Taman Tun

Masihkah Ada Kita?

Ketika jiwa
mengadu domba
ingin aku sirna samsara
di antara dunia mimpi
dan rasa gila
yang bergelora

ashraf ishak
6:15 Petang
28HB Julai 23'
Taman Tun

Hikayat Senja

Lenyapkan bicara
antara kita
biarkan rasa
diberi jiwa
pabila senja
kian menjelma

ashraf ishak
6:18 Pagi
28HB Julai 23'
Taman Tun


Tentang Jiwa (2023)
mixed media on prozac leaflet

Pesan Dunia

Lara itu
sementara
duka dunia itu
selamanya

ashraf ishak
3:15 Petang
26HB Julai 23'
Taman Tun

(-)ve (2023)
mixed media on signage


Liar (2023)
mixed media on prozac packaging


Johan (2023)
pen on paper

 


Even When I Dream (2023)
mixed media on prozac leaflet


Tidak Perlu


External / internal (ii) (2023)
mixed media on prozac packaging


Delusional (2023)
mixed media on prozac leaflet 


External / Internal (2023)
mixed media on prozac packaging

Abdi

Ku serahkan
segala tentang dunia
kepada diriNya
sepertinya abdi seorang hamba
mencari erti dalam jawapan
jiwa yang bergelora

ashraf ishak
2:58 Petang
5HB Jun 23'
Taman Tun

Rahsia Tersimpan

Terang malam
seperti bulan di lautan
menyinari alam
dari kegelapan
seperti dia 
aku juga ingin hilang
mencari diri 
dalam rahsia yang tersimpan

ashraf ishak
12:46 Petang
2HB Jun 23'
Taman Tun

Aku Ingin

Aku ingin hilang
tanpa menyimpan dendam
tanpa ada rasa hati ini
tidak lagi tenteram
aku ingin hilang

ashraf ishak
8:09 Pagi
30HB Mei 23'
Kuala Terengganu

Harapan

Seperti angin
aku hanyut dalam mimpi-mimpi
khayal bersama angan
yang datang dan pergi
berharap agar jiwa ini
tidak lagi dilukai

ashraf ishak
7:43 Pagi
30HB Mei 23'
Kuala Terengganu

Hadir

Ketika aku layu
dalam pujuk rayu
seperti tidak lagi
dapat ku cari
cinta sepertimu
seakan-akan mati
jiwa yang tidak lagi
hadir

ashraf ishak
3:39 Petang
23HB Mei 23'
Taman Tun

Seksa Dunia (ii)

Di antara manusia
ada rasa hiba
yang melanda
ditemani tangisan
jiwa yang merana
yang hidupnya
dalam dunia 
penuh seksa

ashraf ishak
1:01 Petang
15HB Mei 23'
Taman Tun

Seksa Dunia

Dalam gelak tawa
ada tangisan
jiwa yang merana
terluka
hati yang tidak lagi
merasa cinta
hanya dunia penuh seksa

ashraf ishak
12:54 Pagi
15HB Mei 23'
Taman Tun

Sembunyi

Seperti angin
yang membawa khabar berita
aku dibelenggu akan kesunyian
yang sayu bersama derita
hanya Tuhan yang dapat 
menghuraikan
erti dalam makna
bersama hati yang tidak lagi
dapat bersembunyi

ashraf ishak
12:21 pagi
14HB Mei 23'
Taman Tun

Bercelaru

Sayup kedengaran
suara nan sayu
memanggil akan namaku
memujuk rayu
dimanakah durimu
di saat aku menunggu
mencari diri
dalam jiwa yang bercelaru

ashraf ishak
9:15 Pagi
13HB Mei 23'
Kuala Terengganu

Mimpi Mati

Lalu
hatikupun tenggelam
dimakan awangan
yang tidak lagi
berteman
biarkan saja
aku sendiri
mati bersama
mimpi-mimpiku ini

ashraf ishak
7:46 Malam
12HB Mei 23'
Kuala Terengganu

Perangkap Jiwa

Dalam malam yang berlalu
aku dicumbu cemburu
di manakah rindu
yang bertakhta dalam hatimu
terlalu lama aku menunggu
lalu hatiku pun membeku
mati dalam kesejukkan 
yang membelenggu

ashraf ishak
2:43 Petang
7HB Mei 23'
Taman Tun


In Solitude (ii) (2023)
mixed media on wood


Finding Faith (iv) (2023)
marker pen on paper


Finding Faith (iii) (2023)
mixed media on paper