Setia (ii)

Tak usah lagi
kau mengadu domba
kepada hati
yang tak setia

ashraf ishak
6:16 Petang
31HB Julai 21'
Taman Tun

Janji dusta

Aku tidak rasa
kau wanita
sempurna
kerana segala
janji
hanyalah dusta

ashraf ishak
5:11 Pagi
31Hb Julai 21'
Taman Tun



Untitled (2021)
pen on paper
27.3 x 37.5 cms

Sama / berbeza

Mungkin
kita belum berada
di tempat
yang sama
untuk mengapai
mimpi yang berbeza

ashraf ishak
7:04 Pagi
30HB Julai 21'
Taman Tun


Three faces (ii) (2021)
mixed media on paper
27.3 x 3.75 cm

 


Three faces (2021)
mixed media on paper
27.3 x 37.5 cm




Ingkar (ii) (2021)
mixed media on wood

 

Truth / lies

This world
is not for us
harshness
is seen
as the truth
while the lies
are often subtle

ashraf ishak
4:49 AM
28TH July 21'
Taman Tun

Syaitan bertopengkan manusia (ii)

Saya percaya
dunia ini
tak mungkin berbeza
jikalau kita
bertuhankan syaitan
bertopengkan manusia
dan menyembah berhala
penipuan semata-mata

ashraf ishak
4:37 Pagi
25HB Julai 21'
Taman tun

Palsu

Seikhlas hati
kau mungkari
sebesar hati
engkau berjanji

ashraf ishak
3:32 Pagi
22HB Julai 21'
Taman Tun

Api jiwa (ii)

Jangan kau biarkan
api ini menjadi bara
agar dapat
ku terus memuja

ashraf ishak
6:44 Pagi
21HB Julai 21'
Taman Tun

Buat R

Jikalau kau
disana
memerhatikan kita
aku berdoa
kau tersenyum
dan bahagia

ashraf ishak
1:43 Pagi
21HB Julai 21'
Taman Tun


Nothingness (2021)
mixed media on paper

 


Death (2021)
pen on paper

 

Seperti Dia

Seperti dia
aku juga merasakan
dunia ini tidak adil
dan penuh sengsara

Seperti dia
aku juga mengharapkan
ada harapan
untuk kita bahagia

ashraf ishak
6:10 Pagi
19 Julai 21'
Taman Tun

Api jiwa

Sehingga genggaman
menjadi bara
biarkan api ini
membakar
dan menyemarak
dalam jiwa

ashraf ishak
5:16 Petang
18HB Julai 21'
Taman Tun

Sekejap

Di dalam gelap
kaku menyingkap
dan segala
yang tak terungkap
dimamah hati
yang ranap

Sebentar
sekejap

ashraf ishak
4:20 Pagi
18HB Julai 21'
Taman Tun


Transcend (ii) (2021)
mixed media on paper

 

Cinta pandangan pertama

Ratapan mata
dimana dua hati
bertemu 
lalu terluka

ashraf ishak
6:15 Pagi
16HB Julai 21'
Taman Tun

Terbelenggu

Aku yang senantiasa
di sini menunggumu

Mati dalam perasaan
terbelenggu

ashraf ishak
5:35 Pagi
16HB Julai 21'
Tamam Tun


Transcend (2021)
mixed media on paper

 


 



























Artworks from my sketchbook; 2018.
Photos by DVMVisuals
Instagram: dvmvisuals

Pada suatu gerimis

Pada suatu gerimis
dimana hati terguris
dan nama yang terpahat
dan tertulis
tidak lagi kau tangis

ashraf ishak
5:19 Pagi
14HB Julai 21'
Taman Tun

Angin

Aku tidak lagi
mengharapkan
khabar berita
dari angin
biarpun kelak
deritaku itu
meranap batin

ashraf ishak
7:39 Malam
12HB Julai 21'
Taman Tun

Nestapa

Pejamkan mata
dan segala rasa
akan hilang
bersama mimpimu
yang nestapa

ashraf ishak
4:59 Pagi
10HB Julai 21'
Taman Tun

 
Dream (ii) (2021)
mixed media on paper

 

Syaitan bertopengkan manusia

Syaitan bertopengkan manusia
lantang bersuara
namun kata-katanya tak bermakna
hanya kaya sesama dirinya
tetapi rakyatnya dibiarkan menderita
apa yang kau lihat pada mereka
syaitan bertopengkan manusia
yang engkau pilih sebagai ketua
yang sepatutnya menjaga
dan membela negara
namun hanya penipuan
yang disembah berhala

ashraf ishak
7:21 Pagi
9HB Julai 21'
Taman Tun

Harapan palsu

Di kala rindu
membelengu
hati nan syahdu
aku hanya mampu
mengharapkan
engkau juga begitu

ashraf ishak
5:51 Pagi
9HB Julai 21'
Taman Tun

Seribu tahun

Aku tak mahu
hidup
seribu tahun lagi
jikalau cintamu itu
tak mungkin
ku bawa mati

ashraf ishak
3:25 Petang
8Hb Julai 11'
Taman Tun

Bahagia (ii)

Namun
tanpa cinta
hakikatnya
aku masih tetap
memuja

Biarpun mati
tanpa rasa
bahagia

ashraf ishak
5:39 Pagi
8HB Julai 21'
Taman Tun

Bahagia

Seperti dia
aku juga inginkan
seketika
untuk bahagia

ashraf ishak
3:51 Pagi
8HB Julai 21'
Taman Tun

Bersendirian (ii)

Di balik awan
yang mendung
dan suram
ada hati yang ingin
bersendirian

ashraf ishak
5:00 Pagi
7HB Julai 21'
Taman Tun

Lara

Aku hanyalah manusia
yang mendakap duka
dalam jiwa yang lara

ashraf ishak
8:09 Malam
6HB Julai 21'
TamanTun

Manusia terseksa jiwa

Merangkap kata
sanubari
yang terseksa
di mana malam
tidurnya tak terlena
dan siangnya
dipenuhi kelam
hingga ke senja

ashraf ishak
6:00 Petang
6HB Julai 21'
Taman Tun

Sama

Hidup ini
mengelirukan
ada kala
kita hampa
dengan manusia
tanpa menyedari
kita juga sama

ashraf ishak
4:53 Petang
6Hb Julai 21'
Taman Tun

Seketika

Dan hanya seketika
mata yang terlena
dapat merasakan cinta

ashraf ishak
7:11 Malam
4HB Julai 21'
Taman Tun

Agung

Sudikah hendaknya
engkau berkata
jikalau cinta
berbalas
dengan cinta
tidak ada
rasa yang lebih
agung darinya

ashraf ishak
8:25 Pagi
2HB Julai 21'
Taman Tun

Grey

All of the ocean
under the sky
lit up and blooming
burning my eyes
all that had happened
drifts us away
like a shadow in the cloud
you had left me grey

ashraf ishak
3:46 AM
2ND July 21'
Taman Tun