Road to heaven - poster color on canvas

Forgotten

The souls
of the children
that exiled
the skies

Will soon
be forgotten
as the old world
would die

ashraf ishak 
1:09 AM
18TH February 14' 
Subang Jaya

Terlupa

Relakah kau mati
dalam pujuk rayuku
menghumban kasih
dan sayang
menentang arus lautan

Demi Dia
aku bersabda sapa
seperti rapuh
bening matahari
takkan pernah putus
kata setia
walau sekalipun
akan aku terlupa

ashraf ishak
11:00 Malam
6HB Februari 14'
Subang Jaya

Berdua

Segenap cinta
bertakhta
selama itu
ianya sementara

Selagi tinta
jodohNya
masih tertulis
atas nama
kita berdua

ashraf ishak
3:41 Pagi
3HB Februari 14'
Subang Jaya

Gundah

Jemariku kasar
melilit bibirnya
mengurai setiap
bait kata

Hatinya pula
lembut berbicara
pincang
namun lantang
dicela

Lemah terasa
batin terseksa
jasadku lemas
mati gulana

ashraf ishak
5:43 Pagi
31HB Januari 14'
Subang Jaya