Tenang

Tanpa tenang
takkan ada
huru-hara
menyelubungi jiwa

ashraf ishak
1:58 pagi
30HB Julai 12'
Subang Jaya

Hipnosis

Dan apabila
tiba waktunya
akan ada
mata-mata
yang dapat
melihat
dalam kegelapan
nyata

Persis
kejadian alam
yang tidak akan
mati
hingga saat
matinya dunia

ashraf ishak
3:36 Pagi
29 Julai 12'
Subang Jaya

Vertigo

Merenung mata
mencari diri
dunia dan kepedihan
seolah sudah mati

Jalan menjangka
derita sengsara
sekecil manapun
seorang manusia

Seperti ada
atau tidak
tanpa perlu
bersuara

ashraf ishak
2:27 Pagi
28 Julai 12'
Subang Jaya

Dua belas

Merenung panjang
akan ranjang
kepalsuan
sebelum bait
berputar
bertukar telanjang

Nyawa disimpan
rapuh dan rapi
dalam peti besi
dimana tiada hati
dapat lagi disakiti

Begitulah jua
yang dirahsiakan
dengan alunan
serba serbi
kehidupan

ashraf ishak
4:21 Pagi
24HB Julai 12'
Subang Jaya

Debu tanpa suci

Mungkin kelak
kau kan
mengerti
mengapa aku
begini

Tiada simpati
tiada malam
tanpa pagi
tiada debu
tanpa suci

ashraf ishak
2:39 Pagi
24HB Julai 12'
Subang Jaya

Untuk dia

Tidak kuduga
malam ini
hatiku terbunuh
terkandas
setengah jalan
menuju Tuhan

Setiap kata
kau ungkapkan
menjadi alasan
untuk perlahan
ku lepaskan
gengaman

Ternyata
kau bukan
insan biasa
hanya manusia
berdusta lara

ashraf ishak
2:15 Pagi
24 Julai 12'
Subang Jaya

Pablo (2012)
acrylic on canvas


 

.





Kabus

Sebelum tercetus
minda pagi
terjaga lumpuh
ada kabus
menyelubungi dirinya
dan ditempat
itu juga
tidurnya
disebut lena
lantas hilang
dari pandangan
mata kasar
yang cela
dan buta

ashraf ishak
2:25 Pagi
19HB Julai 12'
Subang Jaya

Pendusta

Kalau tidak
kerana buta
mana mungkin
hati merasa

Perit dunia
tidak lagi
punya maknanya

Sejujurnya aku
cuma mampu
berdiri dan bermimpi
tidak sedikitpun
keras
janji bercampur sangsi
amarah
tidak cukup pantas
mengalahkan lelah

Takkan terhenti
sesaknya
hingga mati
mereka
sang pendusta

ashraf ishak
6:06 Pagi
11HB Julai 12'
Rumah