Hak aku

Bila ditanya
hak aku
kau menggerutu
bila ditanya
hak aku
fikiran kau
jadi
tak menentu

Kau
kau boleh disifatkan
seperti binatang
pantang mata
lalang
mencari jalan

Setelah difikirkan
apa munasabah
pada hujah
membaham fahaman
menukar
ideologi kita
tentang apa itu
sebenarnya kehidupan

Kau tetap
bukan Tuhan

Siapa aku
untuk mempersoalkan?

Itu hak aku

ashraf ishak
2:39 Pagi
29HB April 11'
Rumah

Aku dan kegilaan

Ada persamaan
di antara
aku
dan gila

Aku
adalah kegilaan
yang ku rasa

ashraf ishak
6:45 Petang
25HB April 11'
Shah Alam

Prisma 3.6

Jika dunia
sebuah prisma
biar aku
berputar
hingga tiada
akhirnya

ashraf ishak
19HB April 11'
Shah Alam


Sempurna

Apabila diberitahu
semua salahku
aku hanya
mampu
diam dan menutup
mata
mengharapkan tidurku
kan lena

Maaf
aku bukan
manusia sempurna

ashraf ishak
12:40 Pagi
16HB April 11'
Shah Alam

Sejati

Mengapa awan
mengadu padaku
sedang cinta
beradu asmara
yang liar
bergeliat dengki

Diskusi aku
dan bulan
dibalik cahayanya
mengisi kapilari
onahan
penuh caci

Aku tak pasti
jika ini
cinta sejati

ashraf ishak
12:50 Pagi
16HB April 11'
Shah Alam

Panji

Tangan
yang melukis
seni
lebih tajam
dan mendalam

Buta mata
terbiar dipejam

Buta
warna hati
mereka
dipegang panji

ashraf ishak
3:14 Petang
25HB Februari 11'
Subang Jaya

Venus dan Adonis

Malam ini 
aku kalah 
pada mata 
lelap 
dalam jingga 
dunia yang pudar 
menebar harapan 
yang sudah lama 
hambar 

Dan kami 
menakluk bersama 
mimpi 
yang belum lagi 
ada erti 

ashraf ishak 
4:00 Pagi 
12HB April 11'
Subang Jaya

Takdir terakhir

Ruang mata
mendesak
mengejar aliran
rangkai terjemahanya
kata dan dunia

Seperti bangkit
dari mati
bergelumat
dari daging
dan urat

Takdir terakhir
tlah memanggil aku
ke sini

ashraf ishak
1:05 Pagi
10HB April 11'
Subang Jaya

Kau tetap salah

Tepuk tangan
sahaja
jikalau kau rasa
kemenangan itu
kau yang punya

Soal mendiam diri
malu
tolak sahaja
ke tepi

Dan jika
kau rasakan
keberadaan kau
masih
sebagai jantan

Kau tetap salah

ashraf ishak
7:10 Malam
8HB April 11'
Subang Jaya

Tinta Kasih

Dulu aku
selalu menyanyi
pada diriku
bertanya khabar
dalam tidur
kamar sutera
melenyap
gelapnya dunia
tuk sementara

Dimana awan
berpisah
dari langit
dan bumi
sepi berbicara

Tinta kasih
seperti rimbunan
ombak neraka
mempersenda
akal minda
jahil dan pintar
memperbodohi kita

Maka
dari gelap itu
datang cahaya
membenam suasana

Kerna aku
masih lagi
lelaki celaka

ashraf ishak
12:29 Pagi
6HB April 11'
Rumah