Itu dunia

Terang malam
berdesing
padam
merasuk
meradang
terasing pandang
langit
dan bulan
antara kabus
itu nyawa
antara manusia
itu dunia

ashraf ishak
2:25 Pagi
27HB Febuari 10'
Rumah

Menangis

Renunganya
seperti bila
awan mati
berdansa
terkilan
terlanjur
hingga tenangnya
pergi
sekali memaksa
dia tuk
menangis

ashraf ishak
4:18 Pagi
17HB Febuari 10'
Rumah

Bidadari

Belum sempat
aku berlari
kau tanyakan
tertawa dan diam
penat
di akhir nyawa
bersuara

“Hilangkah engkau
bidadari
aku baru sahaja
mengenali dirimu”

ashraf ishak
3:41 Pagi
17HB Febuari 10
Rumah

Sebentar

Mata
tak menemu
hati
ketika terbitnya
fajar
menyinar
dan mengejar
setiap kegelapan
menyudut
bersujud
menukar tawa
kepada hiba

Apa itu
tidur
kalau bukan
mati
yang sebentar

ashraf ishak
11:55 Pagi
15HB Febuari 10'
Rumah

Hanyut

Meragut raut
indahnya
dunia
menelan kelam
yang kian
mengila

Karut itu
mengarut
yang berparut
dan larut
dalam lautan
hanyut

ashraf ishak
1:03 Pagi
5HB Febuari 10'
Rumah

Dia wanita

Bermadu asmara
berdua
dan bersama
menyentuh tubuh
kaku
lalu jatuh
aku padanya

Dia wanita
yang menyelimuti
hatiku
dengan cinta

ashraf ishak
12:48 Malam
3HB Febuari 10'
Subang Jaya

Kesal

Kesenduan
angin kesejukkan
ghairah burung
beterbangan
melonjak
sehari lagi
kehidupan
ke depan
tak pernah
menoleh
tak pernah
kesal

ashraf ishak
7:18 Pagi
2HB Febuari 10'
Rumah