Persinggahan

Esok
manusia tak merubah
nasib
dan kesempurnaan

dia kempunan
mati
di persinggahan

ashraf ishak
10:42 Malam
28HB Julai 09'
Subang

Mungkin takut mati sendiri 2

Mana mungkin
dia
tak boleh
mencintai aku

sedangkan takdir
bertukar
mengikut waktu

senja dan gelap
teman sebentar
berputar
seperti arus
api mengalir

dan akhirnya
di dalam
kubur
aku sendirian

ashraf ishak
7:42 Malam
28HB Julai 09'
Rumah

Pantang dibunuh

Cinta
mencari waktu
yang hilang
jika masa
memejam
tak tenteram
merejam
tenang

dan tangan
ini
engkau hambat

biar mengalir
takkan mati
jiwa ini

mengejar..

mengejar..

terjatuh

terlentang.

pantang
aku dibunuh
begini

ashraf ishak
3:55 Pagi
21HB Julai 09'
Rumah