A perfect song

My strange deep love’s
secret moon like winter
dark how his thousand spirits 
softly bloom 
over a wander 
with warm red gold light 
every hour less cold skies 
will sleep after a stormy day 
across the star 
she asks for a perfect song

 ashraf ishak
1:00 A.M.
30TH April 09'
Damansara

Kemaruk dadah puisi

Selagi kita
masih bermimpi
biar tak senang
tak susah
aku meratah
masa

selagi kita
masih hidup
berjuang
mengaib
setiap patah
aku junjungkan
setiap detik
untuk memuja
setiap inci
dalam kemaruk
dadah puisi
aku berimaginasi

ashraf ishak
9:14 Malam
29HB April 09'
Damansara

Manusia terbuang

Bila berkocak
masa
di antara engkau
dan dunia
tak bergoncang
lincah
mata terlarang
petah terancam
lidah mengancam
kasar
dengan ludahan
engkau
manusia terbuang

ashraf ishak
12:12 Pagi
29 April 09'
Subang Jaya

Bercumbu cemburu

Setiap engkau
berdetik
berdarah menitik
meracau
akan adanya
aku disitu
mengecil
nafsu
membuas
dan lantas
kita bercumbu
cemburu

ashraf ishak
10:40 Malam
28 April 09'
Subang Jaya

Tak perlu, tak payah

Sudah berkali
aku mengulas
untuk tidak
membalas
atas sebab
tidak
aku mahu
menyeru
pecahkan daramu
suci
segelinap awan
dan arus
dan terus
kita bergaduh
hingga
tak selesai
ke sudah
tak perlu
tak payah

ashraf ishak
9:19 Pagi
28 April 09'
Kuala Lumpur

Mahukan dendam

Semalam
kau mengapikan aku
supaya marah

hari ini
engkau mengadu
salah

sudah manusia
untuk aku
tua melupa

sebenar aku
tenteram
aku masih
mahukan dendam

ashraf ishak
9:00 Pagi
28 April 09'
Kuala Lumpur

Buta

Di antara
aku
dan bintang

di antara
unggas
dan pasiran

berbogellah
biar ereksi
reaksi
buta
tanpa penglihatan

ashraf ishak
14 April 09'
Subang Jaya

Merancang kegagalan

Tarik
putus
nyawa
berdiam sahaja

kalau nanti
waktu itu
kita bahagikan
untuk
mendamai alam
biar saksi
sabda ku ini
merancang
akan kegagalan

ashraf ishak
12:31 Tengahari
21HB April 09'
Kuala Lumpur

Mati Jalang

Ligat mereka
menebar masa
kuning mata
rambang
dengan kegersangan
aky henyahkan
dengan pelempang

kalau di antara
gelap itu
pudar
dan aku ditengahnya
di sudut-sudut
sedu-sedan
aku mati jalang

ashraf ishak
9:55 Pagi
21HB April 09'
Kuala Lumpur

Blanket of stars

Your eyes
are sleepy
swallowing lust
you close them
for a while
forgetting
time
and all that
passed
I will
follow you
into a blanket
of stars

ashraf ishak
2:52 A.M.
21ST April 09'
Home

Jawab soal cinta

Sambungan kepada http://ashrafishak.blogspot.com/2009/02/soal-jawab-cinta.html

Kalau cinta
itu
bukan milik kita
milik siapa
kalau bukan
punya kita
!

aku bertanya
tapi tak dapat
menjawabnya.

ashraf ishak
2:44 Pagi
21HB April 09'
Rumah

Kegilaan

Dunia ini
sudah aman
dengan pertanyaan
kau
tentang dunia
apa yang kau cari
itu
berubah
dan aku menjadi gila
mimpi
tak pernah kau
berhenti
walau aku mendonggak
mencongak
dan bercorak
bongkak
biar berhenti
agar aku kegilaan

ashraf ishak
1:37 Pagi
21HB April 09'
Subang Jaya

Cinta manusia tak sempurna

Aku
hilang ingatan
di dalam
dunia
penuh penipuan

apakah aku
hanya perhentian
dalam kehidupan
kau yang
membosankan?

Sudah penat
aku menunggu
pujuk rayu
yang menggangu

ashraf ishak
10:10 Malam
8HB April 09'
Subang Jaya

Egonomi-ku

Masa
kau mengubah
aku
menjadi gila

Bila tenteram
itu
melewatkan usia

Cukuplah
dengan cinta
yang aku
tak merasa

ashraf ishak
9:48 Malam
8HB April 09'
Subang Jaya

Masih

Tak boleh
aku bezakan lagi
antara lerai
dan hati

kau pegangkan
pedih

di mana lirih
aku campakkan
dan kau buang
lemparkan
seperti tiada erti
aku
bagimu lagi

di antara
aku dan engkau
manusia kecil
berhati besar

biarkan terdiam

agar engkau
tidak tahu lagi
bahwa
aku masih
mencintai.


ashraf ishak
6:09 Petang
8HB April 09'
Subang Jaya

Nafkah seurat

Ketika aku bergelut
dengan diriku
mencarut
ludahkan sahaja
dengan pipis
ladamu

Biarkan mereka
tak perlu tahu
siapa sebenarnya
sendu membisu

Tak usah
lagi
kau mengumpil
yang tlah rosak

Hanya sekadar
nafkah seurat

ashraf ishak
12:54 Pagi
4Hb April 09'
Rumah

Sia-sia

Aku penawar bintang
yang tawar
selokanya
tawa bersahaja
nikmat sementara
kita masih ada
masa dan pencarian
ketentuan dan penentuan
itu masih ditangan-Nya

Ajal itu
tak perlu datang
sekarang

Kita pula
tak perlu
mati
dalam sia-sia

ashraf ishak
2:23 Petang
3Hb April 09'
Rumah

Bersujud

Biar habis
terlerai
persefahaman kita
tentang persengketaan
manusia
dan dalamnya
pernafasan
ritual nadi
bersemadi
sedekat tarikan panjang
Dia berkemudi
darah
dan sembilanpuluh sembilan
nama-Nya
mengalir
di setiap sudut
bersujudlah kita

ashraf ishak
2:28 Petang
1Hb April 09'
Subang Jaya